Isnin, 13 Jun 2016

Cara Pembayaran Shopping Online

Berikut merupakan antara cara pembayaran bagi transaksi online di seluruh Malaysia.

1.Paypal

Paypal merupakan cara yang cukup terkenal di luar Negara sebagai perantara untuk menghantar dan menerima duit. Paypal merupakan bank bagi kita menyimpan duit kita,membayar bagi pembelian dalam dan di luar Negara. Jangan salah faham paypal tak de no akaun ye, email yang kita daftar tu lah no akaun kita. Jom belajar cara untuk daftar akaun Paypal di sini. Dengan adanya paypal kita boleh membeli barangan dari luar Negara dengan mudah. Untuk belajar buka akaun paypal anda boleh lihat di sini.


2. Credit Card

Kad kredit merupakan satu kaedah pembayaran yang membolehkan anda membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Apabila anda menggunakan kredit kad, pengeluar kad kredit akan membayar terlebih dahulu kepada pihak berkenaan bagi pihak anda dan kemudiannya menghantar bil kepada anda dalam bentuk penyata bulanan.

3. Debit Card


Kad debit bermaksud sejenis kad bank yang digunakan oleh pengguna untuk membuat pembayaran yang boleh menggantikan pembayaran secara tunai. Senang cerita kad debit ni adalah wang tunai digital anda. Ada duit dalam akaun boleh la anda menggunakannya. Untuk membuat bayaran anda hanya perlu masukkan no kad anda, tarikh luput kad dan no cv anda. Tapi pastikan kad bank anda adalah kad debit yang aktiv untuk membuat bayaran.


4. Internet Banking
Internet banking adalah cara mudah untuk membuat pembayaran bagi pembelian online. Namun bagi cara ini anda perlulah mempunyai akaun perbankan internet dari bank-bank di malaysia. Hampir kesemua bank-bank di malaysia menawarkan perbankkan online contoh perbankan internet adalah seperti Maybank2u, Cimbclick, Rhbonline, PBeonline banking dan lain lagi. Duit akan di tolak dari akaun anda setelah pembayaran selesai. Sangat mudah.

5. Cash On Delivery
Berikut merupakan contoh bagi pembayaran secara cash on delivery. Di mana pembeli hanya akan membayar kepada penjual sewaktu barang berkenaan sampai di hadapannya. Cara ini mudah dan mengelakkan penipuan belian secara online. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan